Sunday, November 1, 2009

Simpan Challenge Tip Hari #1: Sediakan Tabung

#Saya akan aktifkan diri kembali untuk sementara waktu bagi berkongsi kepada anda tentang SIMPAN CHALLENGE 2009, semoga bermanfaat kepada anda. Dan kepada rakan-rakan yang bakal menempuhi peperiksaan, selamat majujaya..

#Simpan Challenge merupakan suatu program anjuran AbangAbu(Singapura) dan dibawa ke Malaysia oleh Dr.Irfan Khairi(Jutawan Internet). Matlamat program ini ialah untuk membudayakan sifat menabung dalam kalangan masyarakat kita. Target Simpan Challenge adalah untuk menabung sebanyak RM1000 dalam tempoh sebulan, walaupun anda bekerja dengan gaji hanya RM800.

Yuran penyertaan Simpan Challenge adalah RM10. Setiap hari selama 30 hari, para peserta akan menerima tips-tips melalui emel daripada AbangAbu dan IrfanKhairi bersama-sama beberapa tokoh daripada Telaga Biru.

Saya merupakan salah seorang peserta, dan saya juga ingin berkongsi dengan anda tips-tips yang saya dapat. Semoga kita sama-sama dapat menyimpan RM1000 untuk bulan ini, dan akan berterusan sehingga masa akan datang. Bersama mengawal kewangan kita.

Sebar-sebarkan perkara ini demi kebaikan bersama.
Anda juga boleh mengikuti tips ini melalui blog saya di
http://abuubaidah89.blogspot.com/

p/s: disebabkan ini merupakan program berbayar, mungkin ada antara tips yang diberikan tidak dapat saya kongsikan kepada anda. Harap maklum. Untuk maklumat lanjut, boleh search "SIMPAN CHALLENGE" di Google.

====================================================================

Simpan Challenge Tip Hari #1: Sediakan Tabung
Bersama AbangAbu

Tahniah kerana anda menyertai kempen SIMPAN Challenge. Kempen untuk memupuk sifat menabung dikalangan masyarakat melayu.

AbangAbu syorkan supaya seluruh keluarga bersama sama bincang dan lakukan tip tip yang diberi dalam kempen SIMPAN Challenge kerana cara ini memberikan kesan yang paling baik

Sediakan satu tabung kosong (container kosong) Jangan beli !sebaliknya gunakan yang mungkin sudah ada didalam rumah anda.

*Hari pertama AbangAbu mahu anda sediakan satu tabung kosong.

*Mulai hari ini semua duit syiling yang anda bawa pulang kerumah hendaklah dimasukan kedalam tabung ini.

*Duit syiling yang anda jumpa di lantai, bilik atau dimana mana dalam kawasan rumah anda mesti dimasukkan kedalam tabung ini.

*Duit yang masuk kedalam tabung ini tidak boleh dikeluarkan untuk apa apa tujuan sekalipun sehingga diberitahu kelak.

Contoh :

"Jika anda hanya masukan RM2 sehari maka itu sudah mencapai RM60 dalam masa 30 hari"

====================================================================

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 17, yang bermaksud: "Oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan"

Dalam kita menabung atau berbelanja, hendaklah kita pastikan sumber kewangan kita hanya dari hasil yang diyakini bersih serta diredhai Allah s.w.t. Sumber yang halal merupakan salah satu faktor pencorak personaliti individu Muslim yang baik.

No comments: