Thursday, December 24, 2009

Im Back?????????




Anybody wishing me to be back????

p/s: this question is directed to my friends
who know my "underground" jobs

Thursday, November 5, 2009

TIP HARI #4 - SIMPAN Challenge - Mulakan Buku Nota Belanja

TIP HARI #4 - SIMPAN Challenge - Mulakan Buku Nota Belanja
oleh AbangAbu

AbangAbu dapati ramai sudah mempraktikan semua tip yang telah diberi. Tahniah bagi anda. Juga ada pengumuman. Anda juga boleh membincangkan tip tip ini di blog www.abangabu.com di SIMPAN Challenge Daily Tip Discussion.

Semalam , AbangAbu berikan tip berbelanja untuk keperluaan dapur. Tip hari ini adalah penting tetapi amat mudah sekali untuk anda semua lakukan.

Mulakan satu buku nota ( bersaiz kecil /pocket size) , kalau dulu orang panggil buku 555.

Mulai hari ini anda perlu mencatitkan semua perbelanjaan yang anda lakukan sekecil mana sekalaipun. Anda perlu tulis tarikh , jumlah yang dibelanjakan dan untuk apa.Buku nota ini perlu dibawa bersama sama anda kemana sahaja anda pergi. Macam I/C.

Contoh:

04/09/2009 RM4.70 Mee Hoon Goreng

04/09/2009 RM12.40 Tambang Taxi

04/09/2009 RM10.00 Top - Up

AbangAbu syorkan kalau boleh semua anggota keluarga mempunyai buku nota kecil masing masing . Ini penting kerana biasanya anda mudah lupa sesudah membayar sesuatu.

Dengan mengamalkan tip ini , ramai yang mengikuti kelas -kelas AbangAbu telah mendapati bahawa mereka mula berbelanja apa yang perlu sahaja.

Ada pula tidak berbelanja benda yang tidak penting kerana malas untuk menulis di buku nota. Apa sekalipun alasan anda apa yang penting anda berjaya mengawal perbelanjaan anda.

AbangAbu ingin anda mengamalkan tip ini kerana ada perkara yang akan AbangAbu suruh anda lakukan di tip tip akan datang. Jadi mulakan dari hari ini.

Anda juga boleh adakan buku nota utama dirumah ,dimana setiap hari semua anggota keluarga yang berbelanja pada hari tersebut akan mengemaskini ( update ) di nota utama seperti mana contoh diatas.

Buku Kompas Wang telah diterbitkan untuk tujuan ini.Keep Track of your spending ...

Dengan mengamalkan tip ini anda boleh berjimat diantara RM20 - RM300 sebulan mengikut pendapatan serta perbelanjaan anda.

Selamat memulakan nota belanja SIMPAN Challenge. Bincangkan pendapat anda mengenai tip ini di blog www.abangabu.com

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Selagi mana kita diberikan peluang untuk hidup, selagi itulah kita akan diberikan ujian dari Allah s.w.t. Untuk mengatasi ujian tersebut, Allah s.w.t telah memberikan kita panduan kehidupan melalui Al-Quran dan mengutuskan RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembimbing kita secara praktikal. Oleh yang demikian, kita perlulah bersedia untuk menghadapi ujian mendatang. Antara ujian yang mungkin kita hadapi di masa hadapan adalah kesempitan kewangan. Seorang Muslim yang bijak akan mengetepikan pendapatannya terlebih dahulu untuk menabung sebelum berbelanja.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: " Tidaklah akan rugi orang yang suka beristikharah. Dan tidaklah akan bersedih hati orang yang suka bermusyawarah, serta tidak akan kelaparan orang yang rajin menabung (berhemat)". HR Thabrani dari Anas.
Tujuan menabung bukan sahaja untuk mengatasi kesempitan kewangan, bahkan ia secara tidak langsung mengajar kita dalam membuat perancangan kehidupan yang lebih baik.

TIP HARI #3 - SIMPAN Challenge - Pelan Belanja Dapur Keluarga

TIP HARI #3 - SIMPAN Challenge - Pelan Belanja Dapur Keluarga
oleh AbangAbu

Bila belanja dapur , lega semua kaum adam kerana selalunya hanya kaum hawa yang selalu pening kepala memikirkan ini. Mulai hari ini kaum Adam juga harus bersama sama dalam menjalankan tip ini.

Ini adalah perbelanjaan paling penting kerana selalunya membentuk sebahagian besar jumlah perbelanjaan.Dapatkan anggaran yang selalu anda berbelanja untuk dapur secara purata sebelum ini.

Matlamat tip hari ini untuk anda berjimat diantara RM80 - RM200 dengan melakukan sedikit perubahan dalam cara anda berbelanja .Plan - Budget your spendingBuat Pelan Belanja - Kunci Utama Paling penting untuk menbolehkan anda berjimat adalah membuat pelan sebelum berbelanja di pasar atau pasaraya. Luangkan sedikit masa juga pelan masakan untuk minggu tersebut boleh menjimatkan sehingga 30%. Hanya beli apa yang di tuliskan. Pastikan berapa hanya untuk barang dapur sahaja. Makanan sahaja. Buat aktiviti ini bersama keluarga.

Makan dahulu sebelum berbelanja. Ini mungkin sesuatu yang aneh , tetapi benar. Inilah salah satu punca kenapa ramai yang berbelanja lebih dari hari biasa di bulan puasa. Perut yang lapar akan mengakibatkan perbelanjaan lebih 20%. Bukan AbangAbu cakap tapi kajian. Jadi , selepas ini pastikan anda tidak akan berbelanja barang dapur dengan perut yang kosong. Di bulan puasa anda boleh berbelanja tetapi ingat sebelum anda bayar apa apa yang andabeli itu tidaklah berlebihan.

JANGAN berbelanja di kiosk kiosk serbaguna 24jam Kebiasaan membeli di kedai sebegini adalah kurang bijak kerana biasanya anda akan membayar 30% - 50% lebih dari pasaraya. AbangAbu selalu lihat ramai membeli air minuman selalunya tetapi tanpa sedari akan beli juga jajan(makanan ringan). Bawa botol air dari rumah adalah terbaik. Jika tiada jalan lain hanya beli satu barang sahaja.

Gerai Ubat - ( Watson dan lain lain)
Barangan seperti sabun, shampoo, ubat gigi serta barangan keperluaan harian yang bukan makanan adalah baik jika dibeli di kedai seperti ini. AbangAbu dah pastikan harga untuk barangan seperti ini adalah lebih murah 15 -30% dari pasaraya biasa.

Pasaraya
Dalam berbelanja barang dapur , dapatkan barangan dengan harga yang murah, contohnya dapatkan barangan storebrand ( jenama pasaraya) yang biasanya lebih murah, serta qualiti yang sama sahaja. Juga gunakan kupon - kupon yang anda boleh dapati dari akhbar , mahupun di pasaraya itu sendiri , tetapi perlu berhati hati , hanya beli apa yang anda perlu sahaja. Luangkan sedikit masa untuk mencari kupon yang boleh membantu menjimatkan perbelanjaan anda dari akhbar seperti Today, Stairts Times sebelum berbelanja.

Jangan Bawa anak anak kecil . Ini adalah sesuatu yang memang sukar bagi setengah orang macam AbangAbu buat dulu, selalu belanja lebih RM10 - RM20 sekali pergi dengan anak anak. Bila saya amalkan berbelanja barangan dapur tanpa anak anak saya berjaya menjimatkan hampir RM150 sebulan. Melakukan ini sahaja boleh membantu anda berjimat diantara RM30 - RM200 sebulan. Bukan AbangAbu tak kasi beli apa apa tapi kalau bawak anak-anak akan pasti belanja lebih.

AbangAbu pasti tip hari ini akan membantu anda berjimat dalam berbelanja dapur. INGAT - duit yang berjaya dijimatkan harus dimasukan dalam tabung Simpan Challenge anda.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t yang telah banyak meminjamkan kita serta memberi kita peluang untuk merasakan nikmat-nikmat di dunia ini. Selain dari nikmat Iman, Islam dan kesihatan, memiliki harta juga merupakan nikmat yang besar dari Allah s.w.t. Ini kerana pelbagai nikmat yang lain boleh kita kecapi atau rasakan melalui empat nikmat yang besar ini. Dalam masa yang sama, kita juga akan dipersoalkan tentang nikmat-nikmat tersebut. Sebagai contoh nikmat memiliki harta, kita akan ditanya dari mana dan cara kita mendapatkannya, serta ke mana dan bagaimana kita belanjakannya. Oleh yang demikian, manfaatkanlah serta uruskanlah harta kita dengan baik agar ia tidak menjadi bebanan kita di akhirat nanti.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Balad ayat 7, yang bermaksud:
"Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu)?"

PS: Perkara yang anda harus buat setiap hari.

1) Baca dan bincangkan tip hari ini dengan keluarga.

2) Mula amalkan tip ini dari hari ini.

3) Email ke simpan@nowasia.sg sebarang perkongsian atau apa apa kisah yang mungkin anda nak ceritakan, Akan disiarkan di blog untuk dikongsikan bersama dan boleh di bincangkan bersama.

4) AbangAbu ingin kempen ini aktif ,AbangAbu mahu semua peserta turut serta dalam perbincangan yang akan dijalankan di blog www.abangabu.com

AbangAbu amat menghargai semua sokongan anda. Salam Simpan Challenge.

Monday, November 2, 2009

Sedikit Perkongsian Mengenai Simpan Challenge

Assalamualaykum...
Sudah lama rasanya tidak menulis untuk blog ini, namun kali ini saya menulis dengan tujuan untuk berkongsi kepada rakan-rakan semua mengenai satu kempen yang saya rasa amat baik untuk kita ikuti bersama, iaitu Simpan Challenge...

Jika rakan-rakan perasan, sejak dua hari lalu, saya sibuk mempromosikan mengenai SIMPAN CHALLENGE..Apa sebenarnya SC ini?

SC merupakan suatu program yang dimulakan di Singapura oleh seorang jutawan bernama AbangAbu (abangabu.com)...Dan pada November 2009, program ini telah dibawa ke Malaysia oleh dengan kerjasama Irfan Khairi, jutawan internet pertama Malaysia (IrfanKhairi.com)...

Secara ringkasnya, matlamat program ini adalah untuk membudayakan masyarakat kita dengan budaya menyimpan ataupun menabung. Dalam SC, para peserta diberikan cabaran untuk menyimpan sehingga RM1000 dalam tempoh sebulan. Bagaimanakah caranya? Dengan menyertai program ini, setiap peserta akan menerima satu emel sehari yang akan memandu anda dengan tips-tips mudah dan praktikal untuk menyimpan yang boleh anda amalkan sehingga bila-bila...

Untuk menyertai program ini, peserta dikehendaki membayar rm10, sebagai tanda komitmen. Dan saya merupakan salah seorang peserta program ini, dan saya dengan berbesar hati ingin berkongsi tips-tips ini dengan anda semua.. Anda boleh mengikutinya dengan sentiasa mengikuti perkembangan blog saya setiap hari dan juga akaun facebook saya...

Sebelum menutup bicara, di sini saya ingin kongsikan 3 video yang menceritakan serba-sedikit mengenai SC ini..Selamat menonton, dan jangan lupa menyimpan bersama-sama..Salam'alayk..








Simpan Challenge Tip Hari #2: Minta diskaun / Tawar

Simpan Challenge Tip Hari #2: Minta diskaun / Tawar
oleh - AbangAbu

AbangAbu pasti semua sudah jalankan TIP Sebelum ini. Semua Tip sebelum ini boleh didapati dengan klik TIPS

Hari ini AbangAbu ingin kongsikan satu tip yang boleh membuatkan anda kurang senang.

Mulai hari ini anda harus minta diskaun dalam apa jua yang anda perlu bayar.Walaupun anda pasti tempat itu tidak akan memberi diskaun , tanya saja.

How to Save Money by Shopping Online

AbangAbu serta rakan rakan telah mengamalkan tip ini dan telah berjaya mendapat diskaun yang tidak disangkakan. Pernah dapat diskaun di KFC hampir 20% ( RM6), tambang taxi (extra fare diberi diskaun RM7.20), di pelbagai pasar raya juga.

AbangAbu mahu ini menjadi satu sifat anda , dan dengan amalan ini anda akan terkejut jumlah diskaun yang akan anda perolehi dalam masa 30 hari. Lebih lebih lagi di musim perayaan. INGAT dimana jua MINTA DISKAUN.

Semua diskaun yang anda perolehi juga harus dimasukan dalam tabung yang telah anda sediakan.

Contoh:

Dengan amalam meminta diskaun anda boleh menjimatkan dan menabung diantara

RM20 - RM200 sebulan mengikut pendapatan serta perbelanjaan anda.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid

Islam telah memberikan kita pelbagai panduan dalam kehidupan termasuk cara menguruskan kewangan dan perbelanjaan. Panduan tersebut hendaklah dijadikan rujukan utama agar kita mempunyai pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu benda sebagai contoh. Seorang Muslim yang bijak akan membuat pertimbangan dari segi keperluan, kemahuan serta kemampuan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 67, yang bermaksud: "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu".

PS: Perkara yang anda harus buat setiap hari.

1) Baca dan bincangkan tip hari ini dengan keluarga.

2) Mula amalkan tip ini dari hari ini.

3) Email ke simpan@nowasia.sg sebarang perkongsian atau apa apa kisah yang mungkin anda nak ceritakan, Akan disiarkan di blog untuk dikongsikan bersama dan boleh di bincangkan bersama.

4) AbangAbu ingin kempen ini aktif ,AbangAbu mahu semua peserta turut serta dalam perbincangan yang akan dijalankan di blog www.abangabu.com

AbangAbu amat menghargai semua sokongan anda. Salam Simpan Challenge.