Tuesday, June 16, 2009

Seronoknya Hari Lahir!!!!


Selamat hari lahir buat diriku,
Alhamdulillah aku diberi peluang untuk menghirup oksigen di bumi ini selama 20 tahun,
syukur juga kerana tarikh kelahiranku serupa dengan hari keputeraan YDP Agong,
saban tahun aku dapat menumpang sambutan baginda,
kerana setiap 6 Jun satu Malaya akan cuti,ngee~

Seperti biasa,
sambutan hari lahirku tanpa parti bertopi tirus dan ritual meniup kek berlilin,
namun cukup sekadar menerima suapan piza "La Boheme" dari tangan Mak,
dan juga dakapan mesra seorang Baba,
serta ucapan bersulam kasih Umi,
seterusnya upacara membuli kanak-kanak riang sehingga mereka menangis,
haha..

Tak dilupakan rakan-rakan yang menghantar SMS sehingga inbox-ku berkedip2 saban waktu,
dan ketika ini aku ingin kembali pada zaman ketika posmen masih diiktiraf,
kerana setiap perutusan akan dapat disimpan dengan lebih sempurna,
berbanding zaman kini yang amat sempurna,
terlalu sempurna,
kadangkala teknologi terlalu memudahkan,
sehingga membunuh nilai-nilai indah dalam hidup ini.

Apapun, terima kaseh pada semua yang meraikan aku,
maaf kerana tak reply semua,
diriku kegersangan kredit(>_<)

Istimewa kali ini,
terlalu banyak SMS yang berbunyi

"Semoga cepat bertemu jodoh"

Apakah ertinya ini? hoho~


Namun dalam kegembiraan,
kucuba-cuba untuk merenung,
di sebalik keriangan itu,
apa rasionalnya?

Hari kelahiranku,
adalah hari di mana Mak bertarung nyawa,
antara hidup dan mati,
demi untuk melahirkan aku,
dan menyambut ulangtahun hari itu,
umpama meraikan detik Mak hampir terkorban,
wajarkah aku tersenyum riang?

Hari lahirku jua,
menambahkan beban Baba dalam perjalanan hidupnya,
hingga kini Baba mengulangi hari-hari yang sama,
sejak bertahun-tahun yang lalu,
tak kaya-kaya jua,
malah makin terbeban kerana aku muncul,
wajarkah aku meraikan dengan tawa ria?

Ulang tahun kelahiran,
juga menandakan umurku semakin habis,
secara zahirnya aku membesar,
namun hakikatnya waktu aku makin berkurangan,
seperti menggunakan "prepaid",
aku ada sekelumit "waktu hidup" yang dianugerahkan oleh-Nya,
makin banyak diguna,
makin dekat dengan expired date,
mana nak cari "kad Topap" untuk "reload"?
Haruskah aku berbangga lagi?

Hari ulangtahun itu juga,
petanda kita semakin teruk rugi,
kerana semua manusia itu sentiasa dalam kerugian,


Namun tak dinafikan,
ia juga suatu ANUGERAH,
namun suatu nikmat itu takkan datang,
melainkan bersamanya tersemat suatu AMANAH,
bertambahlah Tanggungjawab,
untuk di-Tanggung dan di-Jawab di alam hadapan.









So,


Apakah ertinya hari ini disambut dengan keriangan?










"Dan beruntunglah mereka yang berfikir"

Wednesday, June 3, 2009

The Red Face

Di sini ada satu rahsia. Mengenai diriku. Sengaja ingin kukongsi, bagi mengelakkan salah faham yang mungkin timbul di kemudian hari.

Sebenarnya hal ini dah lama aku lupakan. Tapi semalam selepas suatu program bersama kanak-kanak acaci, baru kusedari, rupanya tabiat ini masih melekat pada diriku. Itupun setelah ditegur oleh seorang junior.





Mukaku boleh menjadi merah tanpa sebab.

Merah cammane?

Ala, merah macam orang tengah malu-malu kucing.



Seringkali terjadi terutama apabila aku tengah berinteraksi secara "bersungguh-sungguh" dengan orang lain.


Sama ada sedang ber"debat"


ataupun ketika sedang "public speaking"

ataupun tengah gadoh2 ngan orang.




Seringkali hal ini menyebabkan orang salah faham,
menganggap aku tengah malu tahap gaban...

Padahal jiwaku ketika itu tengah aman giler,
rilek dan selamba,
malah cool sekali~


Kecuali jika tiba-tiba ada orang menegur,

"Eh, pesal muka ko merah?~"

Barulah aku gelabah tahap gaban,
bukan sebab malu cakap depan orang
tapi sebab xtau nape muka ku tiba2 merah..


So,


apa aku nak maklumkan di sini..

lepas ini jika keadaan ini berlaku di depan kamu,
jangan cepat menganggap aku tengah malu,

aku amat yakin pada kemahiran men"capab" yang aku miliki,

setakat nak cakap depan orang tu xda apa lah..

Cuma mungkin ada sedikit tindakbalas biologi dalam tubuh yang tak mampu kukawal,
menyebabkan hal ini terjadi~huh..

Itu saja..

Harap maklum..>.<"









p/s: mungkin itu satu bonus buatku, at least nampak cumil sikit ble cakap depan orang..hoho3~

ReSuLt ExAm

Adakah aku sudah gila?
Mengapakah aku tidak merasakan apa-apa?
Sedih?
Keciwa?
Jauh sekali hendak frust menonggeng sambil menengung satu hari

Sedangkan hakikatnya keputusanku bisa merobek hati-hati manusia
Yang merasakan mereka gagal

Tiada perutkah aku?

Ataupun kurasa 'fail exam' itu apa?

Saturday, May 2, 2009

JUALAN GUDANG MPH!!!!!!!!!!!!!!!!!! (PESAL TAU LAMBAT NI??-aiseyh~)-updated

Salam petang semua!!!
Di sini ada satu berita gempaq, terutama kepada semua manusia yang gila membeli buku dan sanggup berabis hatta beratus-ratus ringgit kerananya..

MPH Bookstores sedang mengadakan satu Jualan Gudang yang menawarkan pelbagai buku menarik dengan harga yang amat murah babeng ah!!
Namun awas! Jualan gudang ini akan berakhir esok, 3 MAY 2009, (ya, esok duh), maaf sebab aku baru dapat info ini...duh!!!

Jualan bermula seawal 10 a.m. hingga 7 p.m.
Lokasi di PJ, alamat tepat aku x taw, tapi di sini deskripsi jalannya,
"Keluar UM ikut pintu PJ, then turn right (menuju Asasi UIA PJ), tapi ikut jalan bawah, jangan naik fly-over, sampai traffic light, masuk kiri (jalan besar ke MAPLEY), kemudian jumpa simpang 1st ke kanan(ada kilang kereta NISSAN kat simpang tuh), masuk simpang itu..Ya, di situlah lokasinya..Kalau x tahu, tanya orang...Nak tahu lagi, tanya aku...
Cepat!!!Peluang keemasan ini bukan selalu datang!!

P/S: Aku sedih kerana wang aku sudah makin menyusut, window shopping ajelah nampaknya..haih~('.'!)
Buku yang dijual totally in English, there is not even one a Malay book, but, c'mon dudes~
Open your mind-lah!!!

-disebabkan permintaan ramai, tadi aku telah meng'usha' alamat tempat itu, 
boleh ambil kat bawah ni,

"No. 5, Jalan Bersatu, seksyen 13/4, PJ"

tq~

Friday, May 1, 2009

Habis 1st Year, What's Next??

from left: Karunan, Assyahir, Haziq, Hussein, Me~
Gambar diambil selepas settle paper last, Anatomy n Fisiology yang menyakitkan

Salam'alayk, kali ni entry ringkas aje.
Semalam 30 hb April 2009, berakhirlah perjuangan aku selaku 1st Year student di UM. 
Sekarang perlunya membuat sesi muhasabah bagi menilai kembali diri ini.
Harapanku semoga masa yang akan datang akan dapat kumanfaatkan dengan lebih baik lagi, 

Pesanan buat diri,
"Jadilah diriku yang sebenarnya, persoalan, SIAPA AKU SEBENARNYA?
Akulah MANUSIA yang diCIPTA olehNYA dengan 1001 AMANAH dan PERANAN, dan segala AMANAH dan PERANAN itu boleh disimpulkan dengan satu perkataan sahaja iaitu HAMBA(mengabdikan diri pada-NYA)"

Saturday, April 25, 2009

KeLIBeF


Salam'alayk..

Semalam aku ke KLIBF'o9 kat PWTC. Apa yang menarik? Ini cebisan catatanku~

Bersama Semula
Aku ke KLIBF bersama kawan lamaku, Ahmad Farid Wajdi a.k.a Puyid(ex-classmate, sekarang kat KMB). Asalnya aku ingin juga bersama-sama teman bulat kesayanganku dari UM (Fahmi x2, Mujahid n Muzze) tapi mungkin kali ini tiada jodoh agaknya. Namun memang event2 besar sebegini terkadang menemukan kita kembali dengan teman-teman lama yang sudah lama terpisah. Aku bertemu ramai kenalan lama di sini.
Bermula dengan junior sekolahku (Pesa Wiwi, Mat Kang, Qalam, Shahril) yang tiba-tiba timbul di Masjid Jamek. Kami seiring sejalan ke PWTC. Di sana, aku bertemu pula dengan sahabat-sahabat ex-PASUM, Myzarith dan Muaz (kini UKM). Budak UM pun ramai, daripada senior Kolej, sehingga kepada saudara PMIUM, dan tidak dilupakan Hadie Suhaimi yang mencapab dalam forum PPSMI bersama Faisal Tehrani dan A. Samad Said.

Aku Lemas dan Lelah
Manusia sungguh ramai. Mungkin disebabkan hari Sabtu menyebabkan bilangan pengunjung tiba-tiba meningkat. Aku lebih banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk mengelak rempuhan jasad-jasad menusia berbanding daripada menilik dan memilih buku-buku yang dipamerkan. Aku membenci keadaan ini. Aku lebih suka jika ke kedai buku dan dapat menghayati setiap buku dengan tenang dan aman. Mungkin tahun depan aku akan berfikir terlebih dahulu sebelum datang lagi ke KLIBF. Hu~
Disebabkan terlalu sesak, aku tidak dapat menikmati suasana dikelilingi buku-buku, sebaliknya aku dan Payid terus menuju ke arah gerai target kami, Galeri Ilmu(86)

Window Shopping aje
Sebenarnya agak malang bagiku, kerana KLIBF diadakan pada penghujung semester, dan aku punya dompet pun sudah mula sengkek. Apakan daya, jika tidak, aku sudah pasti akan ghairah untuk mendapatkan buku-buku idaman qalbu.
Ku ingat lagi, awal sem dulu, entah berapa ratus aku habiskan dalam satu kunjunga ke MPH Mid Valley. Walaupun masih banyak yang tidak terbaca, namun aku tetap suka membeli buku.
Simpan dulu, nanti ada masa aku pulun habis-habis.
Payid menghabiskan RM50 mendapatkan koleksi karya SAIFULISLAM, dan RM50 lagi untuk novel kiriman sahabatnya, karya penulis muda Hilal Asyraf yang seusia denganku. Terasa agak tercabar pada seusia muda ini, dia sudah mempunyai sesuatu untuk membuktikan kewujudan dirinya, sedangkan aku masih tercari-cari nilai dan kekuatan diri.
Hadiah Buat Diri
Walaupun aku tengah sengkek, namun tidak bermaksud aku pulang dengan tangan kosong. Terima kasih kepada Payid, dia menghadiahkan aku senakhah al-Quran mini (saiz tapak tangan) ,insya Allah akan aku amalkan membacanya, semoga menjadi jariah buat Farid.
Aku juga sempat melilau untuk memerhatikan adakah terdapat sebarang bahan percuma yang boleh aku kebas. Namun aku hanya sempat mendapatkan 4 naskhah majalah picisan iaitu Gempak dan Utopia (nasib baik percuma, kalau tak, takkan aku kebas). Terima kasih kepada Gempakstarz.
Tiba-tiba pandangan mataku tertarik kepada suatu gerai yang menjual komik-komik buatan Malaysia. Ini benda baru. Aku selaku peminat komik sempat membelek-belek komik yang dipamerkan, namun hanya satu judul yang menarik perhatianku. Ku tanya harganya, agak berpatutan, dan dalam kekeringa sumber kewangan, aku beli jua 2 naskhah komik itu. KOMIK?
Aku baca komik? Mungkin pelik,pergi Pesta Buku beli barang picisan, namun aku yakin dengan taste aku, tidak akan sia-sia aku membelinya. Komik klasik itu berjudul KARTINI.

Berjumpa Pak Samad
Dalam perjalanan pulang menaiki LRT, aku berkebetulan menaiki tren yang sama dengan A.Samad Said. Kulihat kelibat beliau tidak begitu dipedulikan oleh orang ramai, kecuali seorang kakak yang hanya mengambil gambar beliau dari jauh. Macamlah beliau itu barang hiasan yang hanya untuk dipamerkan. Kasihan, beliau popular namun orang tak tahu mengapa.
Aku sempat berborak dengannya. Disebabkan dia pun baru balik dari forum PPSMI di KLIBF sebentar tadi, aku pun bertanyakan padanya sedikit sebanyak perkembangan isu itu.
Menurutnya, no respon, setakat ini walaupun sudah beralihh menteri, namun sikap masih sama. Katanya suara orang tua sepertinya sudah "pass gone", tidak dipedulikan, dan angkatan muda macam kamu yang mampu membuat perubahan. Beliau menuding jari padaku.
Perbualan singkat kami berakhir di KL Sentral. Jumpa lagi, Pak Samad.

Aku pulang UM dalam jam 3 lebih.
Begitulah secebis catatan perjalanan, mungkin tahun depan takkan ada lagi, jika suasananya masih kelam-kelibut sebegitu. Baik aku ke kedai kuku, lagi aman meninjau buku. Ada feel~

p/s: pagi ini aku terkejut apabila membuka blog saifulislam.com, kerana muka sahabat bulatanku terpampang di dalam blog itu. Tahniah kawan, korang memang best lah!







Wednesday, April 22, 2009

APA PERSEPSI KAMU PADA PAKCIK INI?

Siapakah gerangan pakcik ini?
Apa persepsi kamu apabila melihat aksi-aksi beliau dalam gambar-gambar di bawah? Namanya Abdul Halim Bustaman, orang Perak.
Aku tidak ingin berbicara panjang mengenainya kali ini, cuma sekadar menarik perhatian semua. Insya Allah, akan datang aku akan cuba ceritakan kembali siri-siri pertemuan aku dengannya.

p/s: pakcik ni pernah masuk Kosmo dan Mastika, untuk baca, klik sini.



Keratan daripada KOSMO

Gambar ini curi-curi daripada blog orang. Maaf tak minta permisi. Link.




Speaker corner or demonstrasi jalanan? Hu~