Wednesday, January 28, 2009

Nilai Seorang Insan




Nukilan ini ditujukan khas buat seorang sahabat, kerana aku tidak mampu melafazkan melalui kata-kata. Ini hanyalah pendapat dan pemikiran peribadiku. Silakan jika anda masih ingin mem"beta"-abu ubaidah

"Orang yang hebat tidak pernah dipengaruhi suasana, sebaliknya merekalah yang mencipta suasana dan menggerakkannya. Jika tidak, bahkan nabi sanggup untuk mengubah kaum Arab sedangkan masyarakat ketika itu adalah sejahil-jahil manusia", aku cuba menasihati sahabatku.

"Tapi tidak semua insan itu sehebat dan sekuat nabi", jawabnya ringkas dan bersahaja.

Jawapan seringkas itu membuatkan aku terkedu seribu bahasa. Memang itulah kelemahanku, aku tidak pintar dalam menegakkan hujah. Namun jauh di sudut hati aku tetap ada sedikit kegelisahan yang mengundang. Resah kerana aku gagal menyampaikan apa yang kurasa, dan resah melihat temanku yang seolah-olah terlalu mudah dipengaruhi suasana.

Aku berkata-kata bukan atas dasar memberi persepsi buta, tapi kerana aku telahpun mengenalimu semenjak kita masih mentah lagi. Dan seringkali aku lihat benda yang sama berulang-ulang dalam hidupmu, teman.

Sahabat, sebenarnya di mana letaknya nilai seorang insan itu?

Selaku seorang manusia, layakkah kita menilai kualiti diri kita sendiri?



Analogiku mudah, pernahkah ikan-ikan di lautan itu menilaikan diri mereka sendiri? Adakah apabila ikan-ikan itu dinaikkan ke daratan, sudah terlabel pada batang tubuh mereka tanda harga, lalu dijual mengikut panduan itu?

Jawapannya sudah tentulah tidak, tetapi manusia itu yang menilainya, berdasarkan apa aku kurang pasti. Namun, dari mana datangnya kuasa dan hak untuk kita menilai itu? Atas dasar apakah kita selaku manusia layak menilaikan ikan-ikan dan sekalian makhluk lain selain manusia. Sudah tentu kerana kita ini adalah sebaik-baik kejadian, kita dikurniakan sesuatu yang menjadikan kita ini semulia kejadian.

Namun, harus diingat, semulia mana manusia itu, tetap ada yang lebih mulia. Itulah Sang Pencipta yang jauh lebih memahami kita berbanding diri kita sendiri. Berdasarkan logik akal ini, sudah pastilah yang layak menilai dan menghukum makhluk bernama manusia itu hanyalah Dia, bukannya manusia lain hatta diri kita sendiri.



Dan, sejak dahulu, kita telahpun dinilai oleh-Nya

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." ali-imran(3:110)

Ini penilaian Dia terhadap diri kita selaku manusia akhir zaman. Kita dilabel sebagai sebaik-baik umat, tetapi syaratnya perlulah menjalankan kerja-kerja nabi, iaitu menyampaikan Islam kepada semua manusia, 'amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Menjadi seperti nabi itu bukanlah suatu yang ringan. Memang berat, dan memerlukan kita memiliki kekuatan mental, fizikal, dan rohani yang tinggi. Namun, kekuatan itu tidak akan hadir tanpa kita cari. Kekuatan itu tidak akan tiba sekiranya kita takut untuk menghadapi ujian dan cabaran yang tiba.

Dan menilai diri kita sebagai lemah dan tidak layak sejak dari awal hanya akan mewujudkan "halangan minda" yang akan menyekat potensi diri. Ini bukan ungkapan merendah diri atau zuhud, tetapi bagiku inilah ungkapan takbur dan lupa diri. Ungkapan ini hanyalah ungkapan untuk menyelamatkan diri, melindungi kepentingan peribadi. Apakah yang kamu takut kamu akan hilang sekiranya kamu rempuh halangan itu?

Ingatlah pada pesanan berbisa Umar ibn al-Khattab,

"Aku ini mulia kerana Islam, maka jika aku mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka bersedialah untuk menerima seburuk-buruk hinaan"

Manusia yang tiada harta, tidak pernah sayangkan hartanya.
Manusia yang kaya sahaja sibuk mempertahankan harta.
Kita hanya akan mempertahankan sesuatu sekiranya kita memiliki sesuatu.

Asalnya manusia daripada tanah, air mani yang hina.
Asalnya kita memang tiada maruah, jadi maruah apakah yang dipertahankan selama ini?
Asalnya kita memang tiada apa, jadi apakah yang kita miliki untuk dipertahankan?

Manusia itu hanya ada nilai jika memiliki ISLAM.
Manusia itu hanya bermaruah jika tunduk dan patuh pada-Nya.

Ayuh sahabat, bangkit dan maralah. Jika benar-benar kamu seorang pejuang agama, maka kamu seharusnya insan yang paling berani, paling gagah, paling lantang dan mendepani segala-galanya. Kerana itulah tuntutan agama.

Orang beragama ialah orang yang paling hebat di dunia ini.

Wallahu'alam.

2 comments:

gelapcerah said...

emm..

ada kawan aku.. d tanya oleh sorang student arab.. knape student malaysia nampak rajin.. tapi exam x leh score...arab study x nampak pulun pun.. tapi exam leh tahan.. kawan aku jawab.. korang daya ingatan kuat, kami org melayu.. lemah ingatan

lalu dia mengingatkan kawan pada satu hadis qudsi..

ALLAH berfirman
"aku bersama dengan apa yang hamba aku fikirkan"

kita fikir kita teruk.. teruklah kita

dan ingat juga pada kata2 fahri
"ketentuan ALLAH adalah d hujung usaha kita"

kita tidak d lahirkan menjadi side product.. kita d jadikan dgn ketentuan terbaik.. knape kita memilih menjadi produk gagal

nasihat juga pada diri aku
side product PASUM 07/08

+AnamuSafir+ said...

em.. orang arab sememangnye diberi kelebihan oleh Allah..dalam bab2 menghafal2 ni.. mengingat2 tu.. they are the best.. cube tgk sejarah dulu, bagaimana org2 arab quraisy dulu boleh hafaz syair2..n segala kesusateraan mereka pada ketika itu, tambahan lagi, mereka turut menghafal dan mengingat nama2 atok moyang mereka( keturunan).. dan atas kelebihan itu, Allah telah mengutuskan NAbi terakhir di kalangan mereka, di samping juga kejahiliahan mereka yang sgt teruk.. agar Nabi dpt bimbing mereka. dan oleh kerana kuat daya hafazan.. mereka dapat menghafaz al-quran dengan cepat n juga menghafaz hadith2 nabi. wallhualam.. tentang masyarakt melayu pula.. bukanla nak kata lemah ingatan.. but mungkin faktor makann juga.. (coz malaysianz love lemak2, rendang, oily food).. tq