Salam'alayk..
Semalam aku ke KLIBF'o9 kat PWTC. Apa yang menarik? Ini cebisan catatanku~
Bersama Semula
Aku ke KLIBF bersama kawan lamaku, Ahmad Farid Wajdi a.k.a Puyid(ex-classmate, sekarang kat KMB). Asalnya aku ingin juga bersama-sama teman bulat kesayanganku dari UM (Fahmi x2, Mujahid n Muzze) tapi mungkin kali ini tiada jodoh agaknya. Namun memang event2 besar sebegini terkadang menemukan kita kembali dengan teman-teman lama yang sudah lama terpisah. Aku bertemu ramai kenalan lama di sini.
Bermula dengan junior sekolahku (Pesa Wiwi, Mat Kang, Qalam, Shahril) yang tiba-tiba timbul di Masjid Jamek. Kami seiring sejalan ke PWTC. Di sana, aku bertemu pula dengan sahabat-sahabat ex-PASUM, Myzarith dan Muaz (kini UKM). Budak UM pun ramai, daripada senior Kolej, sehingga kepada saudara PMIUM, dan tidak dilupakan Hadie Suhaimi yang mencapab dalam forum PPSMI bersama Faisal Tehrani dan A. Samad Said.
Aku Lemas dan Lelah
Manusia sungguh ramai. Mungkin disebabkan hari Sabtu menyebabkan bilangan pengunjung tiba-tiba meningkat. Aku lebih banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk mengelak rempuhan jasad-jasad menusia berbanding daripada menilik dan memilih buku-buku yang dipamerkan. Aku membenci keadaan ini. Aku lebih suka jika ke kedai buku dan dapat menghayati setiap buku dengan tenang dan aman. Mungkin tahun depan aku akan berfikir terlebih dahulu sebelum datang lagi ke KLIBF. Hu~
Disebabkan terlalu sesak, aku tidak dapat menikmati suasana dikelilingi buku-buku, sebaliknya aku dan Payid terus menuju ke arah gerai target kami, Galeri Ilmu(86)
Window Shopping aje
Sebenarnya agak malang bagiku, kerana KLIBF diadakan pada penghujung semester, dan aku punya dompet pun sudah mula sengkek. Apakan daya, jika tidak, aku sudah pasti akan ghairah untuk mendapatkan buku-buku idaman qalbu.
Ku ingat lagi, awal sem dulu, entah berapa ratus aku habiskan dalam satu kunjunga ke MPH Mid Valley. Walaupun masih banyak yang tidak terbaca, namun aku tetap suka membeli buku.
Simpan dulu, nanti ada masa aku pulun habis-habis.
Payid menghabiskan RM50 mendapatkan koleksi karya SAIFULISLAM, dan RM50 lagi untuk novel kiriman sahabatnya, karya penulis muda Hilal Asyraf yang seusia denganku. Terasa agak tercabar pada seusia muda ini, dia sudah mempunyai sesuatu untuk membuktikan kewujudan dirinya, sedangkan aku masih tercari-cari nilai dan kekuatan diri.
Hadiah Buat Diri
Walaupun aku tengah sengkek, namun tidak bermaksud aku pulang dengan tangan kosong. Terima kasih kepada Payid, dia menghadiahkan aku senakhah al-Quran mini (saiz tapak tangan) ,insya Allah akan aku amalkan membacanya, semoga menjadi jariah buat Farid.
Walaupun aku tengah sengkek, namun tidak bermaksud aku pulang dengan tangan kosong. Terima kasih kepada Payid, dia menghadiahkan aku senakhah al-Quran mini (saiz tapak tangan) ,insya Allah akan aku amalkan membacanya, semoga menjadi jariah buat Farid.
Aku juga sempat melilau untuk memerhatikan adakah terdapat sebarang bahan percuma yang boleh aku kebas. Namun aku hanya sempat mendapatkan 4 naskhah majalah picisan iaitu Gempak dan Utopia (nasib baik percuma, kalau tak, takkan aku kebas). Terima kasih kepada Gempakstarz.
Tiba-tiba pandangan mataku tertarik kepada suatu gerai yang menjual komik-komik buatan Malaysia. Ini benda baru. Aku selaku peminat komik sempat membelek-belek komik yang dipamerkan, namun hanya satu judul yang menarik perhatianku. Ku tanya harganya, agak berpatutan, dan dalam kekeringa sumber kewangan, aku beli jua 2 naskhah komik itu. KOMIK?
Aku baca komik? Mungkin pelik,pergi Pesta Buku beli barang picisan, namun aku yakin dengan taste aku, tidak akan sia-sia aku membelinya. Komik klasik itu berjudul KARTINI.
Berjumpa Pak Samad
Berjumpa Pak Samad
Dalam perjalanan pulang menaiki LRT, aku berkebetulan menaiki tren yang sama dengan A.Samad Said. Kulihat kelibat beliau tidak begitu dipedulikan oleh orang ramai, kecuali seorang kakak yang hanya mengambil gambar beliau dari jauh. Macamlah beliau itu barang hiasan yang hanya untuk dipamerkan. Kasihan, beliau popular namun orang tak tahu mengapa.
Aku sempat berborak dengannya. Disebabkan dia pun baru balik dari forum PPSMI di KLIBF sebentar tadi, aku pun bertanyakan padanya sedikit sebanyak perkembangan isu itu.
Menurutnya, no respon, setakat ini walaupun sudah beralihh menteri, namun sikap masih sama. Katanya suara orang tua sepertinya sudah "pass gone", tidak dipedulikan, dan angkatan muda macam kamu yang mampu membuat perubahan. Beliau menuding jari padaku.
Perbualan singkat kami berakhir di KL Sentral. Jumpa lagi, Pak Samad.
Aku pulang UM dalam jam 3 lebih.
Begitulah secebis catatan perjalanan, mungkin tahun depan takkan ada lagi, jika suasananya masih kelam-kelibut sebegitu. Baik aku ke kedai kuku, lagi aman meninjau buku. Ada feel~
p/s: pagi ini aku terkejut apabila membuka blog saifulislam.com, kerana muka sahabat bulatanku terpampang di dalam blog itu. Tahniah kawan, korang memang best lah!
3 comments:
wah.. bes a bu
ape yg best?
best~~!
kadang2 berada dLm buLatan lebih lmbat dr bergerak sendirian...!!
bina diri pemimpin dLm diri kamu abu, u hv the taLent~~!
p/s: merepek dan meraBan~~,
Post a Comment