Saturday, April 25, 2009

KeLIBeF


Salam'alayk..

Semalam aku ke KLIBF'o9 kat PWTC. Apa yang menarik? Ini cebisan catatanku~

Bersama Semula
Aku ke KLIBF bersama kawan lamaku, Ahmad Farid Wajdi a.k.a Puyid(ex-classmate, sekarang kat KMB). Asalnya aku ingin juga bersama-sama teman bulat kesayanganku dari UM (Fahmi x2, Mujahid n Muzze) tapi mungkin kali ini tiada jodoh agaknya. Namun memang event2 besar sebegini terkadang menemukan kita kembali dengan teman-teman lama yang sudah lama terpisah. Aku bertemu ramai kenalan lama di sini.
Bermula dengan junior sekolahku (Pesa Wiwi, Mat Kang, Qalam, Shahril) yang tiba-tiba timbul di Masjid Jamek. Kami seiring sejalan ke PWTC. Di sana, aku bertemu pula dengan sahabat-sahabat ex-PASUM, Myzarith dan Muaz (kini UKM). Budak UM pun ramai, daripada senior Kolej, sehingga kepada saudara PMIUM, dan tidak dilupakan Hadie Suhaimi yang mencapab dalam forum PPSMI bersama Faisal Tehrani dan A. Samad Said.

Aku Lemas dan Lelah
Manusia sungguh ramai. Mungkin disebabkan hari Sabtu menyebabkan bilangan pengunjung tiba-tiba meningkat. Aku lebih banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk mengelak rempuhan jasad-jasad menusia berbanding daripada menilik dan memilih buku-buku yang dipamerkan. Aku membenci keadaan ini. Aku lebih suka jika ke kedai buku dan dapat menghayati setiap buku dengan tenang dan aman. Mungkin tahun depan aku akan berfikir terlebih dahulu sebelum datang lagi ke KLIBF. Hu~
Disebabkan terlalu sesak, aku tidak dapat menikmati suasana dikelilingi buku-buku, sebaliknya aku dan Payid terus menuju ke arah gerai target kami, Galeri Ilmu(86)

Window Shopping aje
Sebenarnya agak malang bagiku, kerana KLIBF diadakan pada penghujung semester, dan aku punya dompet pun sudah mula sengkek. Apakan daya, jika tidak, aku sudah pasti akan ghairah untuk mendapatkan buku-buku idaman qalbu.
Ku ingat lagi, awal sem dulu, entah berapa ratus aku habiskan dalam satu kunjunga ke MPH Mid Valley. Walaupun masih banyak yang tidak terbaca, namun aku tetap suka membeli buku.
Simpan dulu, nanti ada masa aku pulun habis-habis.
Payid menghabiskan RM50 mendapatkan koleksi karya SAIFULISLAM, dan RM50 lagi untuk novel kiriman sahabatnya, karya penulis muda Hilal Asyraf yang seusia denganku. Terasa agak tercabar pada seusia muda ini, dia sudah mempunyai sesuatu untuk membuktikan kewujudan dirinya, sedangkan aku masih tercari-cari nilai dan kekuatan diri.
Hadiah Buat Diri
Walaupun aku tengah sengkek, namun tidak bermaksud aku pulang dengan tangan kosong. Terima kasih kepada Payid, dia menghadiahkan aku senakhah al-Quran mini (saiz tapak tangan) ,insya Allah akan aku amalkan membacanya, semoga menjadi jariah buat Farid.
Aku juga sempat melilau untuk memerhatikan adakah terdapat sebarang bahan percuma yang boleh aku kebas. Namun aku hanya sempat mendapatkan 4 naskhah majalah picisan iaitu Gempak dan Utopia (nasib baik percuma, kalau tak, takkan aku kebas). Terima kasih kepada Gempakstarz.
Tiba-tiba pandangan mataku tertarik kepada suatu gerai yang menjual komik-komik buatan Malaysia. Ini benda baru. Aku selaku peminat komik sempat membelek-belek komik yang dipamerkan, namun hanya satu judul yang menarik perhatianku. Ku tanya harganya, agak berpatutan, dan dalam kekeringa sumber kewangan, aku beli jua 2 naskhah komik itu. KOMIK?
Aku baca komik? Mungkin pelik,pergi Pesta Buku beli barang picisan, namun aku yakin dengan taste aku, tidak akan sia-sia aku membelinya. Komik klasik itu berjudul KARTINI.

Berjumpa Pak Samad
Dalam perjalanan pulang menaiki LRT, aku berkebetulan menaiki tren yang sama dengan A.Samad Said. Kulihat kelibat beliau tidak begitu dipedulikan oleh orang ramai, kecuali seorang kakak yang hanya mengambil gambar beliau dari jauh. Macamlah beliau itu barang hiasan yang hanya untuk dipamerkan. Kasihan, beliau popular namun orang tak tahu mengapa.
Aku sempat berborak dengannya. Disebabkan dia pun baru balik dari forum PPSMI di KLIBF sebentar tadi, aku pun bertanyakan padanya sedikit sebanyak perkembangan isu itu.
Menurutnya, no respon, setakat ini walaupun sudah beralihh menteri, namun sikap masih sama. Katanya suara orang tua sepertinya sudah "pass gone", tidak dipedulikan, dan angkatan muda macam kamu yang mampu membuat perubahan. Beliau menuding jari padaku.
Perbualan singkat kami berakhir di KL Sentral. Jumpa lagi, Pak Samad.

Aku pulang UM dalam jam 3 lebih.
Begitulah secebis catatan perjalanan, mungkin tahun depan takkan ada lagi, jika suasananya masih kelam-kelibut sebegitu. Baik aku ke kedai kuku, lagi aman meninjau buku. Ada feel~

p/s: pagi ini aku terkejut apabila membuka blog saifulislam.com, kerana muka sahabat bulatanku terpampang di dalam blog itu. Tahniah kawan, korang memang best lah!







Wednesday, April 22, 2009

APA PERSEPSI KAMU PADA PAKCIK INI?

Siapakah gerangan pakcik ini?
Apa persepsi kamu apabila melihat aksi-aksi beliau dalam gambar-gambar di bawah? Namanya Abdul Halim Bustaman, orang Perak.
Aku tidak ingin berbicara panjang mengenainya kali ini, cuma sekadar menarik perhatian semua. Insya Allah, akan datang aku akan cuba ceritakan kembali siri-siri pertemuan aku dengannya.

p/s: pakcik ni pernah masuk Kosmo dan Mastika, untuk baca, klik sini.



Keratan daripada KOSMO

Gambar ini curi-curi daripada blog orang. Maaf tak minta permisi. Link.




Speaker corner or demonstrasi jalanan? Hu~

Bersama Cikgu Pelik- siri 1



Pakcik itu sungguh pelik. Tapi kepelikannya tidak membuat aku jelik, sebaliknya aku terasa lebih tertarik untuk mendekatinya. Aku ingin belajar daripada beliau. Dia berjaya menjadikan kepelikannya sebagai suatu magnet untuk orang melihatnya, dan apabila semua pandangan mata telah tertumpu padanya, dia menggunakan peluang itu untuk memperlihatkan kehebatannya. Sungguh pandai dia menggunakan peluang.

Siapa dia? Dia hanyalah seorang lelaki tua biasa, berumur dalam lingkungan 50-an agaknya, sering berjubah biru lusuh, berkopiah, dan suka menyampaikan kuliah di jalanan. Mungkin ramai yang mengenali beliau, mungkin juga tidak. Pertama kali aku berjumpanya di Masjid Jamek, tahun lalu, selepas usai solat Jumaat. Beliau menyampaikan kuliahnya di hadapan masjid. Asalnya ku menyangka dia hanyalah seorang penjual ubat jalanan yang biasa merapu di pasar-pasar pagi, namun apabila kuamati, ternyata dia berbeza.

Beliau menyampaikan kuliah sambil menulis pada sebuah papan putih. Di sebelahnya terdapat sebuah troli yang sarat diisi dengan timbunan-timbunan kertas. Dan yang paling menarik ialah dia meletakkan satu "tag" yang agak besar pada dadanya, yang berbunyi, "SayaKetua Saintis Dunia".

Kuliah dia pada hari itu hanyalah berkisarkan tentang ilmu-ilmu asas sifir. Namun cara dia mengajar amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan apa yang diajar di sekolah-sekolah. Beliau mengajar sambil bercerita, penuh imaginasi, sungguh menghiburkan. Mengajar matematik, dalam masa yang sama, menghiburkan kami para pendengarnya (masa tu, bukan aku seorang yang mendengar, ada lagi beberapa orang yang nampak gayanya mempunyai tahap intelek yang tinggi). 

Dalam kuliahnya, beliau menekankan kepentingan belajar menggunakan otak kanan, iaitu bahagian otak yang berfungsi lebih kepada perkara-perkara kreatif dan imaginasi. Menurutnya, sistem pendidikan sekolah kini hanya menumpukan pada ilmu logik (penggunaan otak kiri) semata-mata. Jika sekiranya penggunaan otak kanan turut diperkasakan, maka tidak mustahil untuk bangsa Melayu menjadi maju. Dan pada penghujung kuliahnya, dia mempromosikan sebuah karyanya yang berjudul "Otak Kanan Melayu, Hebat", dijual dengan harga RM5. Memikirkan aku telah menghabiskan hampir sejam mendengar kuliahnya, apa salahnya beli, kan?

Itu peristiwa tahun lepas. 

Awal tahun ini, sekali lagi aku berjumpa dengannya, kali ini bukan di tepi jalan, tapi di Pekan Buku, UM. Kali ini dia memakai tag yang berbeza, tapi maknanya lebih dahsyat.

"I'm smarter than Einstein,
e=mc2
x=sr2"

Disebabkan aku pernah berjumpa beliau, maka pertemuan kali ini tidaklah menimbulkan rasa hairan, sebaliknya sedikit gusar kerana mungkin aku juga akan turut dilabel pelik sekiranya berbual dengannya. Ah, pedulikan persepsi orang.

"Assalamualaikum", aku memulakan bicara.

"Waalaikumsalam"

"Er, apa pakcik buat kat sini?" soalku padanya.

Aku tidak ingat apa jawapannya padaku ketika itu. Huhu. Namun, seketika kemudian beliau pula mengajukan soalan kepadaku. Nak menguji katanya, dah ramai orang yang dia tanya, pelbagai jawapan juga yang dia terima.

Beliau menunjukkan "cover" sebuah buku yang dipegangnya.

"Apa yang kamu faham bila kamu baca ni?"

Aku melihat pada tulisan yang ditunjukkan, 

"If you want to understand the universe,
 you must be in the moment of the muddle"

Lebih kurang begitulah maksud ayatnya, aku buat-buat muka berfikir sejenak. Kemudian aku membacakan translasi ayat itu padanya. Tapi, penafsiranku terhenti pada perkataan "muddle". Apakah itu?

"Apa tu muddle", tiba-tiba beliau bertanya padaku.

"Tak faham, pakcik", aku menjawab, mudah.

"Tadi saya baru check dalam kamus, menurutnya muddle ni lebih kurang macam huru-hara, kekacauan, kacau-bilau", pakcik itu memulakan kuliahnya. 

"Maksudnya kalau nak memahami alam ini, kita kena berada "in the moment", kena berhenti sejenak untuk berfikir. Sekarang, tengok gambar ni, apa kaitan dengan ayat tadi", pakcik itu kemudian menunjukkan satu gambar daripada sebuah majalah yang lain. Gambar itu menunjukkan sebuah rumah yang baru dilanda banjir, dicemari lumpur. 

"Em, gambar ni menunjukkan rumah yang baru kena bah", aku menjawab selamba. Hoho~

" Apa makna yang tersirat di sebalik gambar ni? Cuba kaitkan dengan ayat tadi", pakcik itu sedikit tergelak , mendengar jawapanku, dan cuba memberikan aku galakan untuk berfikir.

Kakak penjaga kaunter yang melihat hanya tersenyum.

Agak lama aku terdiam, cuba berfikir. Banjir, lumpur, mud, muddle? Apa kaitan? Tadi ayat kat muka depan majalah lain, ni gambar buku lain pulak.

"Entah, tak terfikir apa makna di sebalik gambar ni, mungkin ini bala atau ujian Tuhan", aku menjawab.

" Jawapan kamu tu memang jawapan yang biasa. Namun saya ada jawapan yang lain sedikit. Dalam gambar ini, lumpur kelihatan seolah-olah ingin masuk ke dalam rumah. Mengapa Tuhan hantar lumpur ini ke rumah? Dalam rumah ada siapa?", pakcik itu menjawab dan menghuraikan falsafah beliau.

"Manusia"

"Ya, dan kaitannya ialah manusia itu asalnya lumpur, tanah. Tuhan menghantarkan lumpur ke rumah untuk mengingatkan manusia bahawa asal-usul mereka ialah tanah, itu apa yang saya fikirkan", beliau menjawab.

Begitulah falsafah yang aku dapat pada hari itu. Huh, sungguh letih menulis, aku nak stop dulu. Setakat ini, aku sudah berjumpa dengannya sebanyak 3 kali, dan di setiap pertemuan itu, pasti ada "mutiara" yang diberi padaku. Nanti aku akan sambung lagi siri-siri perbualan aku dengannya. 

Salam'alayk.

Jom ke KINOKUNIYA ( before 30th April taw..)


I have a cute Daruma Card! Now I can get 28% discount on one book of any choice per month from April to November at Kinokuniya!

What's a Daruma Card?
This red cutie is issued by Kinokuniya from 1 April to 30 April 2009.

How to get a Daruma card?
Spend RM80 on a single receipt and get a Daruma card with one eye missing.

How to get another eye?

Spend another RM80 in a single receipt!

Terms & Conditions?
-Walk-in purchases ONLY.
-Your Daruma Card must have a pair of eyes by 30 April 2009.

28% discount for the next 8 months... hmm.. that's my idea of book heaven!

note: this post is copied from another blog. For view, click this link,

Tuesday, April 21, 2009

Wayang Pilihan


Bacaan di musim exam..heh3..

Assalamu'alaikum, dalam keserabutan musim peperiksaan ini, aku terasa macam nak blogging lak. Petang-petang yang damai ini, sambil menunggu SMS daripada awek-awek , mari kita berborak pasal filem.

Sesiapa yang kata tak minat tengok filem, padaku memang menipu arh. Mungkin kamu orang bukannya manusia yang hidup pada zaman ini, sebaliknya makhluk zaman lampau yang berumur panjang, atau telah melalui pintu zon masa lalu tiba di era ini.

Filem ada banyak jenis, namun dalam banyak-banyak tu, jenis yang menarik minatku ialah filem yang mengandungi pemikiran dan falsafah yang mendalam. Kalau setakat jiwang-jiwang tu, boleh la layan, tapi mustahil aku akan rekomen kat sesape.

Walaupun berinti, namun sesuatu filem itu juga mestilah memenuhi peranannya sebagai suatu medium hiburan. Filem itu mesti menghiburkan, itu asasnya. Namun jika setakat hiburan kosong, itu sekadar makanan ringan. Kalau makan banyak-banyak, boleh sakit. Tapi kalau filem itu menyebabkan penonton stress selepas menontonnya, filem itu adalah sampah. Heh, ini hanya kritikan peribadi, memang bunyi kurang matang, tapi tak suruh korang pakai pon.

Di kesempatan ini, sukalah kiranya aku berkongsi bersama-sama kalian, beberapa judul filem yang menarik perhatianku. Kalau ada masa, sama-samalah menontonnya. Peace~

1) V for Vendetta



Ini cerita tipu, tapi jalan ceritanya memang mengujakan. Cerita pasal seorang lelaki pelik bertopeng yang menggunakan nama manja "V". Beliau seorang diri telah menjayakan reformasi besar-besaran di kota Britain (masa depan ) yang telah dicemari dengan korupsi pemerintah. Aku tak pasti lak apa ideologi si V, tapi yang pastinya beliau bergerak dengan dorongan kesedaran dan sedikit dendam yang membara. V ni mangsa eksperimen biologi tentera, jadi mamat ni ada kelebihan la dari segi kebolehan fizikal. Tapi, tanpa akal yang tajam, badan gagah pun apa guna, kan? V suka membaca.

Part kegemaran aku? Adegan V mentarbiyah seorang gadis sehingga akhirnya mendapat kekuatan untuk menjadi pejuang seperti V. Tarbiyah ala-ala ISA kot.

Baru-baru ini, aku ke KINOKUNIYA, dan ternampak novel grafik cerita ni. Lalu aku tanpa segan silu membelinya. Nak pinjam? Hmmm, fikir panjang dulu la, komiknya membosankan. Kalau tak tengok muvee, mungkin x faham..(peliknya, filem ini adalah adaptasi komik tu, macam mana director ye bole faham ea?)

2) Valkyrie



Ini lak cerita benar, berlaku semasa zaman WW11, di German. Ketika mana Hitler sedang berada di kemuncaknya, di sebalik tabir, suatu komplot untuk membunuhnya sedang diatur. Karakter utama, von Stauffenberg merupakan seorang askar yang "sedar" bahawa Hitler itu musuh, bukannya wira German. Lantas, beliau melanggar bai'ah taat setianya dan terjun ke lapangan penuh konspirasi, dengan tidak mengetahui siapa lawan dan siapa kawan, dalam masa yang sama perlu merekrut orang-orang di sekeliling Hitler demi menjayakan misinya.

Aku respek para pejuang yang terlibat dalam operasi Valkyrie ini, kerana mereka adalah golongan yang berpegang teguh dengan prinsip dan apa yang mereka percaya. Pendapatku, sekiranya sepanjang hidup mereka tidak pernah menerima walau secebis pun khabar tentang Islam, mungkin mereka ini boleh diiktiraf syahid. Betulkah? Walla hu'alam~ Tapi apa pun, ini hanyalah sebuah lagi karya daripada Hollywood, mungkin banyak bahagian yang lari daripada sejarah, tapi sebagai filem, agak mantap la. Mampu menaikkan "semangat jihad" kowt..(???) Hahaha~

3) Angels and Demons



Ini cerita separuh palsu, separuh benar. Berdasarkan karya penulis "genius"(kot) Dan Brown (Da Vinci Code), mengisahkan peperangan antara agama dengan sains. Wayang ni belum keluar, tapi aku baru je baca novel ni. (ntah cammaner boleh abis novel minggu2 exam ni).

Aku tidak tertarik kepada peribadi mana-mana watak dalam novel ni, sebaliknya aku lebih suka kepada kepintaran Dan Brown bermain dengan fakta-fakta sejarah. Benar atau tidak, aku tak pasti lah pulak, tapi si penulis memang berjaya menimbulkan persoalan yang besar la dalam benak pembaca, iaitu bolehkah sains dan agama disatukan.

Ada secebis unsur pluralism, serta mungkin sedikit sinis terhadap Islam. Namun yang teruk diketuk ialah Kristian mazhab Katolik. Mungkin jika sekiranya agama Islam yang dijadikan subjek utama novel ini, "huru-hara" lah dunia seperi mana ketika keluarnya karikatur nabi, beberapa tahun lalu.

Logo Illuminati,
sila terbalikkan..


Watak utama dalam kisah ini bagiku bukannya manusia, tetapi sains yang diwakili gerakan bawah tanah Illuminati, dan institusi Kristian Katolik yang mewakili agama.

Kesimpulannya, boleh ke agama dan sains disinonimkan?

Layan~

So, itu sahaja preview untuk kali ini, jika ada sebarang perkongsian, amatlah dialu-alukan.
Ok lah, awek pon dah berapa kali miss call ni, aku terpaksa pergi dulu. See ye next time!

Salam'alayk.